sering kau mengganggu ketenteramanku
sehinggakan sudah tidak ada ruang untukku melarikan diri lagi.
sungguh tidak dapat aku membohongi diriku lagi
betapa kehadiranmu amat bermakna dalam kehidupanku
tanpa kau sedari aku telah terlalu biasa dengan adanyamu.
bila kau tiada walau seketika,alamku terasa sepi
kesunyi membaluti sekeping hati
aku memberanikan diriku untuk mengatakan inilah
kasing sayang dalam sebuah persahabatan
benarkah perasaan untuk sahabat? aku sendiri keliru
wahai punjanggaku, adakah perasaan ini adalah cinta?
terasa bagaikan tidak percaya betapa kacaknya dirimu
kau menjadi rebutan para jelitawan
sedangkan aku tidak kau pandang walau sebelah mata
kerana rupa, kerana harta.kau menjadi lelaki
yang cukup asing bagiku.
kau membuat aku merindui pujanggaku yang seringkali menghiburkan hatiku
dengan kehadiranmu dalam hidupku yang menyerupai kekasihku dulu
lalu jadilah aku gadis yang mencintai kenangan...
No comments:
Post a Comment