Tuesday, August 23, 2011

Cerita sEram nIe


Dua ekor hantu bertemu dan bercerita bagaimana mereka mati......

Hantu 1 : Bagaimana kau boleh mati?
Hantu 2 : Aku mati akibat kesejukan...
Hantu 1 : Macam mana rasanya mati dlm kesejukkan tu?
Hantu 2 : Sebenarnya aku terkurung dalam peti ais...mula2 aku cuma menggigil, lepas tu anggota aku mula membeku, kemudian aku rasa dunia aku gelap  dan akhirnya.... tapi aku rasa bersyukur kerana aku mati tanpa banyak kesakitan....

Hantu 1 : Ishhh...kesiannya kau
Hantu 2 : Kau pulak, macam mana kau boleh mati....?
Hantu 1 : Aku kena serangan sakit jantung...
Hantu 2 : Oooo...cam mana kau boleh kena serangan sakit jantung?
Hantu 1 : Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang. Suatu hari,
aku balik ke rumah secara mengejut. Aku nampak ada
kasut lelaki kat depan pintu. Aku tahu mesti isteri aku
sedang bermesra dengan jantan lain.. Aku berlari
 masuk bilik tidur, cuma ada isteri aku...aku tahu mesti
jantan tu bersembunyi kat mana2..aku lari masuk
bilik air, tak de jugak, kemudian aku lari ke tingkat
bawah,tengok dalam setor, pun tak ade...aku lari naik
tingkat atas semula, tengok dalam almari.....sebab
terlalu penat aku berlari la aku kena sakit
 jantung...memang sakit dan akhirnya....

Hantu 2 : Apasal kau tak tengok dalam peti ais...kalau tak,
 kita berdua masih hidup lagi sekarang ni..! ..

No comments:

Post a Comment