Saturday, November 5, 2011

cinta sejati?


cinta itu mestilah kena sweet-sweet..
cinta itu mestilah kena sayang-sayang..
cinta itu mestilah kena pegang tangan..
cinta itu mestilah kena ada sentuh-sentuhan..
cinta itu mestilah kena date sampai bermalaman..

erm.. erm.. erm.. ERK~

awak, kalau macam tu.. 

itu bukan cinta, sebab kita belum berkahwin dan awak bukan sesiapa pada saya..


adik-adik, kakak abang, saudara saudari sekalian..

saya tahu ada dalam kalangan pembaca yang sedang dalam proses bercinta ni.. 
eh.. 

saya tahu dan faham apa yang menjadi rencah dalam percintaan..
sebab saya pernah rasa..
walalupun dia tak ada la sentuh @ pegang saya.. never..
but still kami tahu, bercinta tu banyak salahnya..

bercinta itu punca masalah..
masalah apa?
zina, dan buang anak..
lari dari rumah, derhaka dengan ibu ayah..
bunuh diri, bunuh orang lain..
dengki, cemburu dan iri hati..

uih~ banyaknya..


takut tak?
saya takut.. dah risau..
takut saya terjebak.. dan risau jika orang-orang yang saya sayang juga terpengaruh sama dengan ideologi cinta barat ni..


hmm..

saya tak mahu cerita panjang..
jom tengok video 1 minit 41 saat ni..

fikirkan isinya..


"jika dia tidak cinta kepada Allah yang menciptakannya, macam mana dia nak cinta kepada kita?"

"cinta yang buta pekak dan bisu itu adalah cinta yang berlandaskan nafsu, cinta yang bersulam dengan berpegang tangan, cinta yang disulam dengan ciuman yang akan diakhiri dengan zina, itu adalah cinta yang jijik dan kotor, ITU BUKAN CINTA YANG SEJATI"

"seorang lelaki yang menyentuh kamu sebelum nikah tidak menyayangi kamu tetapi menghina kamu.."

"orang lelaki yang betul-betul sayangkan kamu, dia tak akan pegang awak, dia akan bawak awak ke rumah dan bernikah dengan awak baru dia akan pegang awak dengan cara yang HALAL.."

(wardina)




~~~

saudara-saudari, jom reflect diri dan 'cinta' yang kita cuba perjuangkan..

ke mana arahnya?
redhaNYA ataupun murkaNYA?

fikir-fikirkanlah..
adakah 'cinta' kita itu cinta yang SEJATI atau cinta yang jijik dan keji?

No comments:

Post a Comment