Saturday, November 5, 2011

lelaki memang egokan?

Guwa yakin,satu dunia tahu yang ego tu memang sifat lelaki.Depa dua ni umpama gula-gula dan sampulnya.Cuba la ang bukak sampul tu.Maka akan tercemarlah gula-gula tersebut.Ini samalah dengan sifat ego dan lelaki ni.Kalau ang buang ego seorang lelaki,maka akan hilanglah kelakian pada dia.. 


Ok,guwa mengaku yang guwa memang suka merapu.Dan intro tadi adalah hasil daripada bakat guwa yang suka merapu.Jadi, guwa nak sambung entry guwa ni dengan serius.Ang yang bace pun kena serius kerana ia melibatkan antara hidup dan mati..



Mengikut kajian guwa,lelaki dan perempuan dua-dua punyai sifat ego.Kalau ang tak de ego maknanya ang bukan manusia.Ada kemungkinan yang ang ni makhluk asing yang datang dari planet marikh.Untuk pengetahuan ang,beruk pun ada perasaan ego.Ang pernah tengok beruk bergaduh?Buruk kan beruk tu?Depa gaduh sebab dua-dua ego la tu.Tak berebut makanan, sure depa berebut awek.Cubelah salah seekoq mengalah.Beruk betina bukannya seekor je kat dunia ni.Yang oversea punya banyak lagi.Memang beruk la ang ni!


guwa tak jumpa gambar beruk bergadoh pulak..


So,apa masalahnya ni?Ok,guwa straight to the point.Nasihat guwa,kalau ang dah tau yang seseorang tu punyai sifat ego yang sangat tinggi.Sangat fanatik la senang cita.Ang jangan layan sangat ego die tu dan ang jangan duk lawan ego dengan ego.Kalau ego bertemu ego,maka akan terhasil lah egos.=P


Mengikut kajian guwa sekali lagi,cara terbaik untuk melawan ego manusia adalah dengan memberi air.Maksud guwa,lawan dengan cara yang lembut.Secara perlahan,ang akan dapat pecahkan keegoan seseorang tu.Jadi kat sini,ang kena pegang prinsip,kalau api lawan api,maka akan besarlah api tu.Jadi nak padam api tu,ang kena siram air.Kalau dapat ais lagi sedap.Nyaman~




p/s:guwa harap, kemerapuan guwa ni tak menggangu apa yang guwa nak sampaikan.bagi guwa,lelaki yang hebat adalah lelaki yang mampu kawal keegoan dia..lagi-lagi ketika berhadapan dengan seorang perempuan..guwa la tu kot =P

No comments:

Post a Comment