Friday, November 11, 2011

kata sang pujangga




aku sendiri sukar mengerti
mengapa jantung ini erdebar bagaikan mahu gugur ke bumi 
aku sendiri tidak memahami
mengapa tersa sepi dunia ini apabila kau jauh dari sisis
tersentak diriku apabila hati ini belajar mengenal erti cemburu


aku kelu sendiri, memikirkan keanehan yang menimpa diri
seakan-akan aku melayang diudara
0oo... indahnya perasaan ini, membuatkan aku sentiasa ingin tersenyum selalu


aku kelu sendiri, kaku bagaikan lumpuh seluruh badan
0oo...dimanakah keindahan wanita ini
aku tidak percaya bahawa aku boleh mencinta wanita ini
tidak ada apa-apa keistimewaan padanya untuk kubanggakan
sekelumit pun tidak ada wanita ciri-ciri idamanku.


sukarnya membuang rasa rindu..
kosongnya jiwa ini tanpa mu di sisi wahai gadisku
aku mahu mengetepikan segalanya 
aku mahu kau jadi permaisuriku wahai gadis


tidak pernah aku membenarkan kesukaanku dirampas orang
sekalipun kau menagis air mata darah untuk kembali kepada kekasihmu 
tidak akan aku lemah terhadap airmatamu itu...


kerana kini baru ku sedari, 
kaulah wanita yang sangat cantik dalam hidupku selain nenekku
wahai gadis ku akulah sang punjangga yang tak pernah lelah





No comments:

Post a Comment